Wednesday, March 23, 2016

Bertaubat setelah berzina dengan pasangan yang kini menjadi isteri/ suami orang


"Jika seseorang itu taubat dari melakukan zina, perlukah dia meminta maaf dari suami/ isteri yang dia pernah berzina itu?"


Pengajaran dari video ini: 



1. Dosa berzina itu adalah dosa besar, tapi ada banyak lagi dosa yang lebih besar lagi, iaitu kita membiarkan Islam tidak menjadi pemerintah dalam negara.


2. Hingga sekarang kita boleh nampak orang persenda Islam dan orang persenda nabi. 


3. Siapa buat dosa besar macam mana sekalipun, ada berita baik.


4. Nabi datang membawa berita baik, iaitu setiap dosa boleh minta ampun kepada Allah. Siapa bertaubat kepada Allah, Allah sayang dia. 


5. Siapa-siapa yang pernah berzina, sila BERTAUBAT SEKARANG.


6. Allah akan ampunkan kita. Ada dalam hati rasa menyesal dan takut kepada Allah, Allah akan ampunkan.


7. Tak boleh beritahu kepada pasangan, sama ada si suami atau si isteri kepada pasangan zina kita, kerana ia akan merosakkan rumah tangga yang dibina. 





No comments:

Post a Comment