Friday, March 25, 2016

Uji tahap keimanan dengan berdua-duaan dengan seorang wanita


Nak tau apa kata UAI berhubung topik ni? 


Korang tonton kat sini la ye: 


Pengajarannya: 

"Iman kita lazimnya tidaklah sekuat mana. Jadi tak perlulah untuk cuba-cuba menguji kekuatan iman kita sendiri dengan melakukan perkara-perkara seperti ini yang menjerumus kearah maksiat dan dosa yang lebih besar." 

 

Wednesday, March 23, 2016

Bertaubat setelah berzina dengan pasangan yang kini menjadi isteri/ suami orang


"Jika seseorang itu taubat dari melakukan zina, perlukah dia meminta maaf dari suami/ isteri yang dia pernah berzina itu?"


Pengajaran dari video ini: 



1. Dosa berzina itu adalah dosa besar, tapi ada banyak lagi dosa yang lebih besar lagi, iaitu kita membiarkan Islam tidak menjadi pemerintah dalam negara.


2. Hingga sekarang kita boleh nampak orang persenda Islam dan orang persenda nabi. 


3. Siapa buat dosa besar macam mana sekalipun, ada berita baik.


4. Nabi datang membawa berita baik, iaitu setiap dosa boleh minta ampun kepada Allah. Siapa bertaubat kepada Allah, Allah sayang dia. 


5. Siapa-siapa yang pernah berzina, sila BERTAUBAT SEKARANG.


6. Allah akan ampunkan kita. Ada dalam hati rasa menyesal dan takut kepada Allah, Allah akan ampunkan.


7. Tak boleh beritahu kepada pasangan, sama ada si suami atau si isteri kepada pasangan zina kita, kerana ia akan merosakkan rumah tangga yang dibina. 





Monday, March 21, 2016

Kucing bermain-main di kaki ketika sedang makan di restoran


Alkisahnya, pasti ada biasa ada pengalaman, bila makan di kedai makan, akan ada kucing yang akan datang dekat dan mula menggesel-geselkan badannya pada kaki kita. 


Ada juga yang asyik mengiau. 


Malahan ada juga yang pandai mengait-ngait kaki kita. 


Jom tonton video ini: 



Pengajaran yang kita boleh perolehi: 


1. Nabi ada menyebutkan, "Tidak ada satu binatang pun yang ada perut, yang kita beri makanan kepadanya, ianya adalah dikira sebagai satu sedekah"


2. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki


3. Maka kalau terjumpa binatang-binatang ini, bagilah makanan kepadanya. 


4. Istimewanya kucing adalah, ia merupakan binatang yang Nabi suka